Article written

fizhasan

Berita mutakhir!! 7

Berita mutakhir!! Feb23

TUMPAT, 21 Feb.  -  Bunyi nada sistem pesanan ringkas yang diabaikan rupanya membawa satu berita mutakhir yang tidak tersangka kepada Fizzy [bukan nama sebenar] di sini. Walaupun pengirim pesanan ringkas itu bukanlah  misteri, namun identiti ‘ada orang‘ yang dimaksudkan di dalam pesanan ringkas tersebut menjadi tanda tanya kepadanya. Namun selepas membaca berkali-kali, barulah isi kandungan pesanan ringkas itu difahami sepenuhnya. Setelah diselidik, rupanya pesanan ringkas atau SMS itu dikirim juga kepada beberapa lagi rakannya. Pengirim SMS itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jasara [nama penuh beliau  ialah Norjasara bt Awang Adek] yang berjaya dihubungi Fizzy mengiyakan berita yang disampaikan. Ketika dihubungi, Jasara tidak dapat berbual panjang kerana sedang di tata rias, mungkin oleh seorang mak andam. Bagi mengelakkan salah faham, berikut adalah SMS yang menjadi tanda tanya oleh beberapa orang yang mendapatnya :-

Ade org tunang mlm ni :-) batak plis game ni.. Aku x daya.. nanti kita jumpe aku tunjuk gamba ye.. gaya xde facebook! kawen aku jemput gell.. tunang family kecik2 je.. TAKUT LA BANG**T!

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai [Shazu-Jib-Nana], ini merupakan salah satu sebab Jasara mencadangkan agar satu perjumpaan rakan-rakan lama diadakan iaitu beliau ingin meuar-uarkan berita pertunangannya.  Namun hasrat itu tidak tercapai kerana kesibukan semua orang yang tidak dapat merealisasikan perjumpaan tersebut. Walau bagaimanapun, Fizzy mewakili semua rakan-rakan TKC9600-Class of 2000 mengucapkan tahniah kepada Jasara di atas pertunangannya pada 21 Feb 2009. Diharapkan tiada sesiapa di kalangan rakan-rakan yang terkilan kerana tidak mengetahui akan berita ini kerana majlis pertunangan tersebut [seperti yang dinyatakan di dalam SMS] hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Malah kesemua yang terlibat dengan SMS tersebut hanya memperolehnya lebih kurang 3 jam sebelum majlis, dan itu tidak memungkinkan mereka bergegas ke Tropicana dan melihat Jasara yang didandan ayu. Fizzy antara lain sedang berusaha mendapatkan foto-foto eksklusif untuk dimuatkan di laman sesawang TKC9600.
-Ber-ita tak ber-nama

image credit: http://www.flickr.com/photos/ibnuyusuf/2499787864/

subscribe to comments RSS

There are 7 comments for this post

  1. dekinn says:

    wah! Jasara dah tunang?! congrats babe!

  2. martijo says:

    wow.. more people getting engage and married.
    buat list plis
    aku lost count sape punye majlis tahun ni

    hehe

  3. jasara (bukan nama penuh tapi mmg nama sebenar) says:

    hihihihihihihihihihi
    *buat2 gelak ceria sebenarnye panic*

    :) nanti aku hantar gamba plis..nantikannnnn!
    sayang korang sume gell hell to the maximus..

  4. inamadz says:

    korang kenaaaa tgk gbr dia tunang!!!! super hotttt! :cheer:

  5. jasara (bukan nama penuh tapi mmg nama sebenar) says:

    pig*let kau ina!! mmg tak ah..
    (eh, aku tereja penuh ke nama haiwan tuh) hahahaha..

    fizzy!!! sarina ngan kuza sure tak pasti camne nak eja..single G ke double G …(tonasi ngadu kat cikgu english)

Please, feel free to post your own comment

;) ;( :yuck: :secret: :pfft: :panic: :P :ops: :mad: :love: :lol: :inlove: :hehe: :heart: :happy: :devil: :cheer: :bored: :blush: :bawl: :aww: :angry: :-D :-| :-o :)

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

* these are required fields

Tunku Kurshiah College — 9600 is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com